Strategic Core Business > Malaysian Remuneration System (Sistem Saraan Malaysia)


Malaysian Remuneration System (Sistem Saraan Malaysia)


Ruj. Fail

: ITiDi/ ADM/ Pekeliling/ 02

Tarikh

: 5hb. Mac, 2004




Y.Bhg. Tan Sri/ Dato’/ Tuan/ Puan
 

Per

:

KURSUS PENILAIAN TAHAP KECEKAPAN ( PTK )
Bagi Sistem Saraan Malaysia ( SSM )

----------------------------------------------------------------------------------

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Sepertimana yang Y.Bhg. Tan Sri/ Dato’ / Tuan/ Puan sedia maklum bahawa baru-baru ini Kerajaan telah melaksanakan Sistem Saraan Malaysia ( SSM ) untuk anggota-anggota Perkhidmatan Awam Malaysia. Salah satu daripada syarat-syarat perkhidmatan yang ditetapkan di bawah Sistem Saraan Malaysia ini ialah pegawai-pegawai dikehendaki mengikuti Kursus Penilaian Tahap Kecekapan ( PTK ) untuk tujuan kenaikan gaji dan pangkat.

Sehubungan dengan itu, pihak kami ingin mengambil kesempatan ini untuk memaklumkan kepada semua agensi Kerajaan bahawa pihak kami ingin menawarkan perkhidmatan bagi mengendalikan kursus PTK kepada mana-mana agensi kerajaan yang memerlukan khidmat kami. Kami adalah sebuah Institusi Latihan yang berkeupayaan untuk mengendalikan kursus ini.

Untuk makluman , setakat ini kami telah pun mengendalikan empat ( 4 ) kursus PTK bagi Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Perkhidmatan Pembentungan ( JPP ) iaitu tiga ( 3 ) kursus PTK Tahap 4 ( Gred J48 ) dan satu kursus PTK Tahap 6 ( Gred J54 ).

Kami mengambil kesempatan ini untuk memaklumkan kepada pihak Y.Bhg. Tan Sri/ Dato’/ Tuan/ Puan , adalah selaras dengan peruntukan yang terdapat di dalam Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 8 Tahun 2002 yang dikepilkan bersama-sama ini.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi Encik Ku Osman bin Ku Hamzah di talian 012 – 671 4896, Pn. Rosliza Abd Rahman di talian 012-3073083 atau Encik Mohsin bin Ghazali di talian 012 – 519 2647 .

Sekian, Terima kasih.

Yang benar,


(IR. TAN SWEE KEE)
Pengarah
Institut Latihan dan Pembangunan Infrastruktur Ikram (ITiDi)

 

 

SISTEM SARAAN MALAYSIA

Pengendalian Penilaian Tahap Kecekapan

  PTK (kursus) dikendalikan mulai tahun 2003

Institusi-Institusi Latihan
(seperti INTAN, CIAST dll)

Anggota Gunasama

Kementerian/ Jabatan
(seperti IKU, ITiDi)

Anggota Bukan Gunasama

38

Petikan daripada Training Kit Jabatan Perkhidmatan Malaysia (JPA) -
"Konsep dan Perlaksanaan Penilaian Tahap Kecekapan"


 

Home
Corporate Info
Strategic Core Business
Strategic Alliances
Hyperlinks

Application

» Local Applicants
» International Applicants
Events And Activities
Facilities
Archives
Location
Site Map
Feedback

QUICK LINKS
Protasco Berhad
Kumpulan IKRAM
HCM Engineering
Roadcare
Protasco Trading